Khamis, 12 Januari 2012

Noor Kumalasari Ke Mana Ku Bawa Diri

 Ke manakah kan ku bawa hati yang rindu
Hilang sudah tiada lagi tempat mengadu
Rasa hati sunyi sepi sedih memilu
Mungkin hanya awan mendung yang berlalu

Ke manakah haluannya ku bawa diri
Mengapakah suasana hening menyepi
Tiada kata berirama yang mesra lagi
Entah bila pula suria menyinari

Oh Tuhan tunjukkan berilah harapan
Pada-Mu aku serahkan
Semoga cahaya bersinar kembali
Penuh erti hidup ini

Apa daya aku hanya insan biasa
Doa restu kupohonkan pada Yang Esa
Penuh rasa menantikan harapan tiba
Bahagia mungkin akan jadi nyata

Tiada ulasan: